Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Datuk Aznil Nawawi Simpati, Buka Tabung Kumpul Dana Bantu Ibnor Riza

Selepas membantu penyanyi Zamani mengumpulkan dana lebih RM100,000 bagi membiayai kos pembedahan tulang, 

Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi turut bersimpati dengan rakan selebriti yang lain dan terus misi membantu penyanyi era-1980an, Ibnor Riza yang kini menderita akibat penyakit kanser limfoma tahap empat.

Advertisement

datuk aznil nawawi simpati, buka tabung kumpul dana bantu ibnor riza

Berusia 60 tahun, dia terpanggil untuk membuka kembali tabung bantuan bagi membantu Ibnor Riza selepas bertemu dengan penyanyi itu dalam satu acara.

Malah, dia juga sebak apabila Ibnor memberitahu terpaksa menjual tiga kereta dan putus punca pendapatan sejak November lalu gara-gara penyakit yang dihidapi.

"Saya ada bertemu dengan Ibnor dan kami dapat bercakap sedikit mengenai kesihatan. Selepas menonton video, saya tergerak hati dan semangat saya jadi kuat meringankan bebannya.

"Ibnor cakap masih nak menyanyi untuk menampung hidup, termasuk kos rawatan dan sara hidup.

"Kita tak tahu dalam keadaan kesihatan, berapa banyaklah 'show' mampu buat dan berapa banyak duit yang mampu dikumpul untuk kelangsungan hidup, kemoterapi dan ubatan sangat mahal.

"Jadi, saya terpanggil membantu Ibnor, tambahan pula ramai membesar dengan lagu-lagunya. Kita boleh doakan Ibnor sembuh, tapi doa sahaja tidak mencukupi, jadi saya ingin bersama anda melakukan kerja yang pernah dilakukan untuk sampaikan derma infaq kepada Ibnor," katanya.

Tambahnya, penyanyi ini baru memulakan rawatan kemoterapi di sebuah hospital swasta memberitahu memerlukan kira-kira RM32,000 untuk dua pusingan kemoterapi.

Namun, Ibnor perlu menjalani tiga lagi rawatan kemoterapi yang dianggarkan bernilai RM200,000 sekiranya rawatan tidak berjaya.

Sumber: Berita Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik