Penyanyi dan pelakon popular, Datuk Awie meluahkan rasa syukur apabila doanya termakbul untuk berjumpa dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Putri Qasseh Antasha, 13, setelah lapan tahun terpisah.

Malah, pertemuan tersebut disertai isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin bersama anak lelaki mereka yang berusia dua tahun.
Advertisement
Tiga lagi anaknya iaitu Putri Aleeya Antasha, 23, Putri Aleefa Antasha, 21, dan Putra Ahmad Merrah, 16 serta bekas isteri Awie, Rozana Misbun juga ada bersama ketika pertemuan tersebut.
“Terima kasih wahai ALLAH kerana mendengar doa-doaku. Sekian lama terpisah akhirnya dapat aku bertemu dengan anak-anakku. Syukur Ya ALLAH.
“Air mata ini menjadi saksi, rinduku berbalas, anak-anakku dunia akhirat, moga bahagia hingga ke jannah, terima kasih isteriku, terima kasih kepada ibu anak-anakku.
“Moga ini menjadi titik permulaan baik untuk semua. Allahuakbar,” katanya.
Sumber: Sinar Harian