Penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search terharu apabila namanya diumumkan bakal berangkat menunaikan ibadah bersama isteri tersayang, Norhasliza Hassan pada 6 Jun depan.

Berusia 66 tahun, dia berharap dapat berubah menjadi seorang Muslim yang lebih taat kepada perintah agama.
Advertisement
“Insya-Allah, saya dan isteri akan berada di sana (tanah suci) untuk menunaikan ibadah haji selama lebih kurang tiga minggu.
“Sepatutnya saya pergi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tapi tak dapat visa. Alhamdulillah, tahun ini rezeki saya untuk ke sana.
“Saya memang berdebar. Umrah saya dah biasa pergi dan untuk haji, saya serahkan seluruh jiwa dan raga saya kepada Allah SWT,” katanya.
Malah, dia juga rendah diri dan bersyukur apabila berpeluang menjadi tetamu Allah menunaikan fardu haji.
Tambahnya, dia berharap agar perjalanannya dan ibadah di sana akan diterima Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan.
Sumber: Kosmo Online