Penyanyi Datuk Aishah akur dengan keputusan juri apabila namanya diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir pada konsert minggu keempat, All Stars Gegar Vaganza (GV10) malam tadi.

Dia memperoleh markah terendah iaitu 43.75 peratus di minggu keempat konsert All Stars Gegar Vaganza.
Advertisement
Sementara itu, penyanyi Noryn Aziz muncul sebagai peserta yang menduduki tangga teratas dengan markah sebanyak 85.25 peratus.
Tempat kedua milik Liza Hanim 85 peratus manakala ketiga Ayai 83.25 peratus.
Namun, pelbagai komen dan reaksi daripada warganet terhadap dirinya yang telah tersingkir daripada rancangan itu.
Penyanyi ini tetap menerima dengan hati terbuka akan keputusan ini dan akan terus menghiburkan rakyat Malaysia untuk karyanya akan datang.
Sumber: Harian Metro