Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Datuk Aishah Kecewa Tunggu Lot Banglo Hampir 6 Tahun

Penyanyi Datuk Aishah hadir ke kediaman individu yang menaja hadiah berupa lot tanah banglo kepadanya bagi tujuan penyitaan selepas bertahun-tahun menunggu janji.

datuk aishah kecewa tunggu lot banglo hampir 6 tahun

Katanya, tindakan berasaskan undang-undang itu diambil selepas individu terbabit gagal menyelesaikan pembayaran selepas writ penyitaan sudah dihantar.

Advertisement

“Hari ini, saya berada di hadapan rumah Datuk Seri Mohd Amir Mohd. Esa, yang sebenarnya, dua minggu lalu, kami dah hantar writ saman penyitaan.

“Disebabkan tiada penyelesaian, kami datang untuk melelong barang-barang ini. Tapi, sekarang ini, tak ada orang pula (di rumah), padahal, dia dah tahu, kan? Jadi, baiklah,” katanya.

Malah, dia juga mendedahkan individu sama sebelum ini telah beberapa kali mengusulkan pembayaran berjadual, namun individu terbabit sendiri mengingkari terma tersebut.

Penyanyi itu juga hanya pembayaran pertama dan kedua dilunaskan apabila individu terbabit mengambil sikap menyepikan diri semula.

Pihaknya berharap akan ada penyelesaian yang baik dan kesepakatan terhadap isu ini.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik