Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Datuk Adi Putra Akur Keputusan Penerbit, Nama Tak Tersenarai Dalam Mat Kilau 2

Pelakon, Datuk Adi Putra akur dengan keputusan penerbit dan pihak produksi apabila namanya tak tersenarai dalam prekuel Mat Kilau yang akan datang.

datuk adi putra akur keputusan penerbit, nama tak tersenarai dalam mat kilau 2

Menurut laporan Gempak, dia berkongsi ada menerima pengesahan itu menerusi satu kenyataan daripada pihak penerbit iaitu Kembara Studio.

Advertisement

Dia yang memegang watak pelakon utama filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu memaklumkan penerbit ada kuasa untuk menerbitkan dan menentukan pemilihan.

Malah, dia tiada kuasa mutlak untuk menentukan barisan pelakon filem tersebut dan hanya menjalankan tugas sebagai pelakon sahaja.

“Penerbit ada kuasa untuk menentukan dan ketentuan untuk pemilihan. Saya hanya seorang pelakon atau boleh dikatakan sebagai pekerja buruh. 

“Pelakon ini dalam kategori freelance, tidak ada kuasa kerana kami tidak menerbitkan sesuatu,” katanya.

Berusia 42 tahun, dia reda akan situasi tersebut dan tidak pernah sama sekali tak mempersoalkan perkara tersebut.

Sumber: Gempak
 

SINAR Muzik Retro Terbaik