Baru-baru ini, pelbagai gerakan yang berlaku bagi memberikan solidariti kepada saudara kita di Palestin termasuklah gerakan Blockout 2024.

Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza kecewa dengan tindakan sesetengah individu yang menyokong gerakan Blockout 2024 yang meninggalkan komen berbaur ugutan dan maki hamun di laman sosial selebriti.
Advertisement
“Tak baguslah sampai tahap maki hamun. Nak tegur atau marah mesti ikut adab. Tak perlu sampai memalukan orang,” katanya.
Brusia 45 tahun, dia juga menasihatkan individu yang menyokong gerakan Blockout 2024 untuk menjaga adab, bahasa baik dan membuat teguran secara berhemah di media sosial.
“Saya faham mungkin mereka (individu terbabit) ingin mempertahankan agama tetapi ia boleh dilakukan dengan cara lebih berhemah. Kita kena lihat kembali apa yang agama ajar.
“Kalau nak pertahankan agama kenalah ikut cara agama, kalau tak suka lebih baik diam,” ujarnya.
Sumber: Harian Metro