Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Seram Sejuk! Datin Alyah Kongsi Pengalaman Misteri Sampai Demam Panas

Penyanyi, Datin Alyah mendedahkan pernah mengalami peristiwa misteri ketika merakamkan lagu keroncong berjudul Alunan Biola yang pernah dipopularkan Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma.

seram sejuk! datin alyah kongsi pengalaman misteri sampai demam panas

Malah, dia terdengar ada suara lain yang turut menyanyikan ketika merakamkan lagu berkenaan ketika di bilik rakaman.

Advertisement

"Kejadian berlaku sekitar 2003 atau 2004. Masa itu, saya merakamkan lagu ini untuk program radio terbitan RTM.

"Proses rakaman dibuat di studio Rentak 50. Ketika proses rakaman dijalankan, saya terdengar suara lain turut bergema dan menyanyikan lagu Alunan Biola bersama saya," katanya.

Tambahnya, dia juga mendedahkan pelbagai kejadian pelik dan aneh berlaku kepada penyanyi lain yang pernah merakamkan lagu klasik berkenaan.

"Selepas rakaman lagu, keesokannya saya terus demam. Tubuh saya juga terketar-ketar.

"Saya diberitahu oleh juruaudio ada beberapa penyanyi lain turut demam selepas merakamkan lagu ini," jelasnya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik