Pelakon, Daiyan Trisha bersuara yang dia tidak pernah lupakan akan saudara Palestin yang sedang berjuang di negara mereka.

Malah, dia juga kecewa apabila menerima segala kecaman yang dilemparkan netizen terhadapnya berikutan dakwaan tidak berkongsi tentang Palestin dalam media sosialnya.
Advertisement

Berusia 31 tahun, Daiyan tidak berdiam diri dan menegaskan dia ada mempunyai cara tersendiri menghulurkan bantuan.
“Setiap orang ada cara dan ujian masing-masing. Niat kita dan reda Tuhan hanya Allah sahaja yang tahu.
“Saya tak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestin.
“Saya minta maaf jika cara saya tak bertepatan dengan cara yang anda mahukan. Tak apa, saya terima segala kecaman,” katanya.
Sumber: Kosmo Online