Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Berdepan Ujian Getir, Da'i Syed Bersyukur Dikurnia Isteri Sebaik Hana Ismail

Lands-P-2.png

Pendakwah selebriti, Da'i Syed Iqmal Syed Mohd Shaiful memanjatkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri yang taat dan baik, yang selalu ada bersamanya ketika melalui detik sukar.

Advertisement

Jelas Syed, biarpun diuji dengan pelbagai pancaroba, isterinya Hana Ismail tetap setia di belakangnya.

"Saya sama seperti lelaki lain, manusia biasa yang ada masa akan tewas dengan perasaan sendiri. Ada masa saya juga rasa kecewa, sedih semua ada.

"Tetapi bersyukurnya saya sebab saya dikurniakan isteri yang cukup baik dan sempurna di mata saya.

"Itulah senjata menjadikan saya untuk terus kuat melalui hari-hari mendatang," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.

 

Sumber: Astro Gempak

SINAR Muzik Retro Terbaik