Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Connie Masuk Hospital, Risau Ada Nanah Pada Buah Pinggang

Pelakon popular era-1980 an, Norlida Ahmad atau Connie dilaporkan telah kembali dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, Negeri Sembilan, semalam atas masalah kesihatan yang dihidapinya.

connie masuk hospital, risau ada nanah pada buah pinggang

Berita duka itu dikongsikan anak tunggalnya, Ally Marisha Afrina Abdullah yang memaklumkan ibunya dibenarkan pulang pada 10 September lalu selepas sebulan dirawat di hospital.

Advertisement

Bagaimanapun, katanya, disebabkan keadaan kesihatan ibunya masih belum baik, dia menghantarnya semula ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Selepas keluar hospital, keadaan ummi masih tak okay. Jadi, ummi dimasukkan semula ke hospital, semalam.

"Nanah pada buah pinggang ummi semakin membesar sehingga 12 sentimeter.

"Jadi, doktor akan memulakan rawatan hari ini menggunakan antibiotik yang baru selama 12 hari. Doktor akan cuba keluarkan nanah berkenaan.

"Jika tidak berkesan barulah doktor akan pertimbangkan untuk buat pembedahan membuang nanah berkenaan," katanya.

Tambahnya, ibunya pernah menjalani prosedur membuang nanah, tetapi terpaksa dihentikan berikutan berlakunya komplikasi.

"Doktor sempat buang tiga sentimeter nanah sahaja, tetapi terpaksa dihentikan kerana terlalu keras dan prosedur ini juga agak membahayakan.

"Ummi sekarang masih boleh berjalan, cuma keadaannya lemah dan kembali demam," katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik