Kumpulan terkenal Coldplay berjaya memikat hati peminat Malaysia apabila melakukan persembahan memukau pada konsert Coldplay Music of the Spheres di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.


Malah, semua peminat yang hadir semalam tak sangka mereka akan berpantun dalam Bahasa Malaysia.
Advertisement
Ketika konsert berlangsung, vokalisnya, Chris Martin mendendangkan serangkap pantun yang digelar ramai sebagai ‘pantun tomyam’ selain menggambarkan kegembiraan mereka berpeluang beraksi di Malaysia.
“Pergi ke kedai membeli sayur,
Masak tomyam pesan bonda,
Coldplay sekarang di Kuala Lumpur,
Payung lagu ‘favourite’ anda,” berpantun sambil bermain keyboard.
Selain itu, Chris juga sempat mencipta sebuah lagu berjudul Malaysia Rain pada acara tersebut.
Dia mendendangkan lagu tersebut selepas terhasil susulan cuaca hujan ketika konsert berlangsung.
Sumber: Kosmo Online