Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Celine Dion Kekejangan Otot Sukar Dikawal, Cuba Tahan Sakit

Selebriti popular pop dunia, Celine Dion meluahkan rasa agar dirinya terus kuat menghadapi sindrom orang kaku atau stiff person syndrome (SPS) sejak Disember tahun lalu.

celine dion kekejangan otot sukar dikawal, cuba tahan sakit

Malah, kakak kepada penyanyi itu Claudette berkongsi perkembangan terkini kesihatan adiknya berterusan mengalami kekejangan otot yang sukar untuk dikawal.

Advertisement

"Mungkin anda pernah melihat seseorang yang sering terjaga ketika sedang tidur akibat mengalami kekejangan otot di bahagian kaki atau betis.

"Begitulah juga keadaan dialami Dion, tetapi ia berlaku pada semua bahagian anggota berotot," katanya.

Tambahnya, adiknya tidak pernah berputus asa untuk kekal tabah didiagnos sindrom tersebut.

Pada Disember 2022, penyanyi bervokal ampuh itu memuat naik video sebak di Instagram (IG) memaklumkan baru sahaja didiagnosis dengan sindrom SPS dan tidak dapat meneruskan konsert siri jelajah Eropah dan konsert musim bunga 2023.

Sumber: Berita Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik