Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cat Farish, Shikin Maembong Sah Kini Bergelar Suami Isteri

Penyanyi dan pelakon, Cat Farish sah bergelar suami kepada pasangannya, Shikin Maembong dengan sekali lafaz pada jam 9.07 malam tadi. 

cat farish, shikin maembong sah kini bergelar suami isteri

Berusia 49 tahun, Cat Farish bersyukur majlis akad nikah bersama Shikin Maembong berjalan dengan lancar di Asiana Grand Hall, Setapak dengan mas kahwin RM200. 

Advertisement

Malah, majlis akad nikah disempurnakan juru nikah, Ustaz Mohd Shukri Shafie dari Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota, di sini, dan diwalikan bapa Shikin, Ismail Embong. 

Pasangan yang sama cantik, sama padan itu dilihat memakai busana serba putih dan pihak pengantin perempuan menghantar lima dulang hantaran serta berbalas tiga dulang daripada pihak pengantin lelaki. 

Kedua belah keluarga juga dilihat turut hadir bagi memeriahkan majlis akad nikah yang berlangsung itu.

Semoga pasangan mempelai kekal hingga ke jannah dan selamat melayari bahtera perkahwinan.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik