Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan berkongsi berita gembira melalui Instagramnya semalam yang dirinya telah menyertai uji bakat America’s Got Talent (AGT) musim ke-18.
Pelantun lagu Mencari Cinta Sejati itu turut memberitahu yang rakaman uji bakatnya itu akan disiarkan pada minggu hadapan 18 Julai.
Advertisement
Menerusi hantaran tersebut ramai peminat dan juga rakan-rakan selebriti yang memberi kata semangat dan mendoakan kejayaan Cakra Khan.
Sebelum ini tular video uji bakat penyanyi yang kelainan upaya dari negara itu Putri Ariani yang mendapat Golden Buzzer daripada salah seorang juri AGT Simon Cowell.