Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) bersama suaminya Tiko Aryawardhana yang baru bergelar pasangan suami isteri tidak lekang menjadi bualan para peminat.

Malah, ramai juga memuji penyanyi itu tetap punya waktu masuk ke dapur dan memasak makanan istimewa untuk pasangan.
Advertisement
Baru-baru ini, Bunga menyediakan sendiri kek istimewa bersempena sambutan hari jadi suaminya yang ke-40 pada 9 Disember lalu.
Biarpun sudah meraikan hari istimewa itu di majlis lain tetapi pasangan pengantin baharu itu tetap meraikan hari jadi dengan keluarga mereka.
Penyanyi tersebut dilihat teruja dapat menyiapkan kek coklat hasil air tangannya kepada Tiko serta puteranya, Noah bersama beberapa anggota keluarga mereka.
Tambahnya, mereka juga tidak percaya dengan hasil yang cantik dan sedap sambil meraikan hari jadi suami tercinta.
Sumber: Kosmo Online