Bekas penyerang Harimau Malaya era 70-an, Apandi Yusof meninggal dunia hari ini selepas mengalami jangkitan kuman kronik pada paru-paru sejak sebulan lalu.

Anaknya, Farah Adila memaklumkan berita duka tersebut di mana bapanya meninggal dunia kira-kira pukul 3.10 petang semalam di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Advertisement
“Arwah menghembuskan nafasnya hari ini selepas dimasukkan ke hospital itu sejak 18 April lalu,” katanya.
Terdahulu, Apandi terpaksa ditidurkan selepas disahkan mengalami jangkitan kuman kronik pada paru-paru.
Apandi yang beraksi untuk Kelantan pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan pada tahun 1970-an.
Sumber: Kosmo Online