Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya sah bergelar isteri kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari iaitu Jean Todt.

Hubungan cinta yang dijalinkan hampir dua dekad itu akhirnya membuahkan hasil apabila selamat ke jinjang pelamin.
Advertisement
Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis yang diadakakan secara tertutup di Geneva, Switzerland, semalam.

Berusia 60 tahun, mereka berdua mula berkenalan pada Jun 2004 di Shanghai, China dan sejak itu kisah cinta mereka sering menjadi perhatian.
Majlis perkahwinan mereka dihadiri rakan-rakan rapat dan keluarga sahaja.
Terdahulu, Tan Sri Michelle mencipta sejarah dan pencapaian membanggakan apabila menjadi pelakon Asia pertama memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar ke-95 pada Mac lalu.
Sumber: Oh Bulan