Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila Aliff Aziz akhirnya muncul dan tampil bersuara tentang isu yang terjadi melibatkan rumah tangganya dengan isteri Bella Astillah.

Perkara tersebut mendapat perhatian warganet apabila Sarah Yasmine didakwa kekasih gelapnya telah membuat pelbagai hantaran melibatkan hubungan dengan Aliff Aziz.
Advertisement
Namun, pelakon Bella Astillah enggan memberi sebarang komen mengenai kemunculan suaminya, Aliff Aziz menerusi satu sesi podcast, baru-baru ini.
Menurut Bella, dia enggan memberi sebarang komen dan tidak mahu ditemu bual oleh pihak media susulan apa-apa isu yang membabitkan rumah tangganya.
Maaf, saya tak nak komen (sambil bergegas keluar dari sebuah acara di Petaling Jaya, sebentar tadi).
“Cuba interview Ruhainies pula,” katanya.
Sumber: Astro Gempak