Pelakon Bella Astillah dituduh telah merancang suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies 'ditangkap khalwat'.

Berusia 30 tahun, Bella tidak pernah tergamak untuk menjerat Ruhainies yang dianggap sebagai rakan baik.
Advertisement
Malah, dia juga terkejut dengan dakwaan itu yang dianggap tidak benar dan ia dakwaan palsu sahaja.
"Kenapa saya nak rancang macam itu? Saya sendiri pun terkejut. Semua tahu saya baik dengan pelakon wanita terbabit (Ruhainies).
"Sebenarnya boleh periksa dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)," katanya.
Tambahnya, dia reda dengan kejadian yang sudah berlalu kerana nasi sudah menjadi bubur. Dia juga mahu untuk teruskan kehidupan dan terus pandang ke depan.
"Tak boleh nak cakap apa sebab benda ini sudah terjadi. Sekarang ini saya fokus untuk 'move on' sahaja," jelasnya.
Terdahulu, dunia hiburan gempar dengan penahanan Aliff dan Ruhainies oleh JAWI di sebuah kondominium di ibu kota pada 9 Mac lalu.
Sumber: Berita Harian