Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Beli Motosikal Guna Duit Shila Amzah? Ubai Tampil Beri Penjelasan

Baru-baru ini, suami penyanyi Shila Amzah, Ubai MZ menarik perhatian warganet apabila memuat naik video memaparkan mereka berkunjung ke sebuah kedai menjual motosikal.

beli motosikal guna duit shila amzah? ubai tampil beri penjelasan

Video itu mendapat perhatian sehingga mengundang spekulasi netizen yang menganggap motosikal itu dibeli menggunakan duit Shila iaitu isterinya.

Advertisement

Malah, mereka berdua dilihat seronok dapat berkunjung ke sebuah kedai menjual motosikal bersama bagi membeli kenderaan dua roda itu.

"Hai, Assalamualaikum. Tadi saya solat Jumaat. Saya cakaplah kalau ada motorsikal 'best', boleh solat Jumaat (tunggang motosikal ke masjid).

"Selepas itu, orang belakang (merujuk kepada Shila) cakap, cari motorsikal."

Tidak mahu berdiam diri, Ubai tampil memberikan penjelasan terhadap motosikal itu dibeli dengan wang sendiri.

"Saya beli motosikal ini guna duit sendiri... Harap maklum," katanya.

Malah, Shila juga kecewa dengan sesetengah pihak yang membuat spekulasi tersebut dan menegaskan pembelian motosikal itu menggunakan titik peluh suaminya sendiri.

"Masalahnya, 'benda' (motosikal) dia, duit Ubai... Kenapa orang selalu anggap semua guna duit saya?

"Oh lupa, duit suami, memang duit isteri. Kalau itu maksud kalian, Sha terima dengan hati dan tangan terbuka," jelasnya.

Sumber: Berita Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik