Pergolakan kes yang berlaku antara balu kepada arwah Abam Bocey iaitu Hidayah dan Ali Puteh akhirnya peroleh keputusan mahkamah.
Keputusan rayuan saman fitnah telah berpihak kepada Hidayah dan dia meluahkan rasa syukur setelah mengetahui keputusan berkenaan.
Advertisement

Menurut perkongsian di laman Instagram, Hidayah berterima kasih kepada yang mendoakannya serta memanjatkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah.
Malah, dia juga berharap adik iparnya iaitu Ali Puteh tidak melengah-lengahkan lagi urusan pembayaran.
“Alhamdulillah syukur pada Allah. Keputusan rayuan saman fitnah telah diputuskan, juga telah memihak kepada Hidayah.
“Semoga pihak di sana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang telah ditetapkan.
“Semoga Hidayah dan Hamzah (anak lelakinya bersama Abam) boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini.
“Terima kasih semua yang telah mendoakan Hidayah dan Hamzah," tulisnya di bahagian kapsyen.
Terdahulu, kes ini berlaku apabila Ali Puteh telah memfailkan saman terhadap Hidayah dan usahawan, Datuk Aliff Syukri mengenai temu bual yang disiarkan melalui akaun YouTube usahawan itu.
Mahkamah telah menolak tuntutan saman itu dan Ali juga gagal ketika cuba membuat rayuan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang memerintahkan dia membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada Hidayah akibat memfitnah dalam media sosial, Instagram dua tahun lalu.
Susulan itu, Hidayah telah memfailkan saman terhadap adik iparnya pada Mei 2020 mengenai kenyataan yang dilontarkan Ali menerusi akaun Instagram.
Ia juga menggambarkan seolah Hidayah sebagai seorang isteri yang jahat dan tamakkan harta pusaka arwah suaminya.
Sumber: Getaran / Gempak