Penyanyi Azharina Azhar menyelar tindakan dan sikap pengacara Nabil Ahmad yang sering menggunakan isu ‘body shaming’ sebagai bahan gurauan di atas pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Berusia 38 tahun, dia menerima pelbagai kecaman daripada warganet yang menyuruhnya untuk membiasakan diri dengan jenaka sebegitu daripada Nabil.
Advertisement
“Cakaplah apa sahaja, dia tetap Nabil. Hauk macam mana pun, dia sebenarnya individu yang baik di belakang tabir
“Namun dia tiada ‘sensor filter’ (penapis) dan sensor pintar, jadi kita terimalah dengan reda,” katanya.
Tambahnya, Azharina mahu ambil perkara positif dan menyeru orang ramai untuk mengetepikan isu tidak penting.
Dia juga menekankan orang ramai untuk mengamalkan sikap tidak berdendam dengan perkara negatif yang dijadikan gurauan oleh Nabil mahupun rakan gandingannya, Jihan Muse.
“Kita masuk sebarang komen ke telinga kanan, kemudian keluar dari bahagian kiri pula.
“Sebab kalau disimpan, benda itu akan meracun diri sendiri dan tidak mendatangkan hasil pun sebab kita tahu dia seorang pelawak,” katanya.
Sumber: Kosmo Online