Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Azharina Sedang Berubat, Dedah Hidap Penyakit Misteri

Peserta All Stars Gegar Vaganza (GV10), Azharina Azhar mendedahkan yang dirinya menghidap penyakit ‘misteri’ sehingga memberi kesan kepada pergerakan hariannya termasuklah semasa menyanyi.

azharina sedang berubat, dedah hidap penyakit misteri

Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, dia enggan berkongsi secara terbuka mengenai penyakit yang dikesan sejak September tahun lalu. 

Advertisement

“Ada perkara boleh cakap dan ada sakit yang tidak boleh saya kongsikan. Saya akan beritahu apabila tiba masanya.

“Saya dapat kesan penyakit pada tahun lepas dan kini dalam proses mengubati.

“Kalau boleh saya tidak mahu kongsikan kerana kita harus positif dan teruskan hidup seperti biasa,” katanya.

Pendedahannya itu telah menyebabkan ramai pihak terkejut akan penyakit yang dihidapinya itu.

Tambahnya, penyakit tersebut memberi kesan kepada tenaga fizikalnya sehingga membuatkan dia mengambil inisiatif menyertai kelas sukan lasak.

“Sebab itu minggu lepas saya ada cakap sedang belajar muay thai dan ‘boxing’ untuk bina balik stamina kerana ada masalah kesihatan,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik