Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat tidak mahu memberikan apa-apa komen berkenaan urusan peribadi adiknya Fyna Jebat didakwa sudah bercerai dengan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Dia mahu ruangnya sendiri dan dia mengatakan Fyna sendiri lebih layak menjawabnya kerana ia soal peribadi mengenai dirinya.
Advertisement
"Jangan tanya saya soal itu kepada saya. Rasanya lebih baik tanya kepada tuan badan. Jujurnya, saya sudah penat nak menjawab.
"Bila isu membabitkan mereka, sudah pasti saya yang dicari. Sebagai kakak, saya mendoakan yang baik-baik untuk Fyna," katanya.
Terdahulu, tular berita mendakwa Fyna dan Zainal sudah bercerai.
Isu berkenaan telah disahkan oleh anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah dalam satu komen media sosial memberitahu bapanya sudah menceraikan Fyna.
Difahamkan, pasangan ini bercerai dua minggu lalu disebabkan Fyna dan Zalina tidak mampu berdamai.
Terdahulu, Zainal dan Fyna berkahwin pada Januari lalu, namun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai hari bahagia mereka.
Zainal mendirikan rumah tangga dengan Zalina pada 1980 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber: Berita Harian