Penyanyi dan komposer popular dari India, AR Rahman sentiasa terbuka dan Malaysia mempunyai tempat yang istimewa dalam dirinya.

Malah, perjuangan seninya selama ini banyak mendapat sokongan daripada peminat dari Malaysia.
Advertisement
“Penonton Malaysia adalah yang paling luar biasa. Konsert sulung saya adalah di Malaysia. Ia bermula di Malaysia.
“Saya tak pernah terfikir nak buat persembahan, namun saya dijemput ke Malaysia.
“Rasa ikatan terhadap negara ini sentiasa ada. Semua kasih cinta, sorakan, galakan sepanjang bertahun-tahun.
“Bila saya jatuh, saya memikirkan peminat di Malaysia dan kemudian dapat tenaga semula,” katanya dalam temubual maya sempena konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur, semalam.
Tambahnya, AR Rahman juga mengakui Malaysia merupakan lokasi yang selalu dia kunjungi jika mahu masa berehat dan bercuti serta mendapatkan ilham kariernya.
Sumber: Harian Metro