Penyanyi, Anuar Zain berjaya mengumpulkan lebih 8,000 orang peminatnya di Anuar Zain 40th Anniversary Concert yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu lalu.

Malah, ramai juga rakan selebriti hadir untuk memberikan sokongan buatnya seperti Ziana Zain, Dato. Sheila Majid, Misha Omar, Syamel dan Ernie Zakri.
Advertisement
Namun, dia mengejutkan peminatnya apabila menggunakan nebulizer untuk membantunya bernafas pada malam tersebut.
Pelantun lagu Ketulusan Hati ini berkongsi yang dia kurang sihat pada malam tersebut dan hampir hilang suara seminggu sebelum konsert.
“Saya bersyukur kerana masih kuat berdiri malam ini, tapi seminggu lalu saya hampir hilang suara.
“Saya jumpa doktor dan saya ambil suntikan serta ubat yang kuat tapi Alhamdulillah saya keadaan saya masih stabil,” katanya.
Konsert tersebut berlangsung dengan jayanya dan Anuar Zain menyanyikan lebih 20 buah lagu malam itu.
Berusia 53 tahun, kesihatan yang terganggu itu bukan penghalang baginya untuk terus memberikan persembahan bertenaga untuk peminat.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal