Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Anjali Anak Rahul Dah Bertunang. Ramai Tak Percaya Anjali Dah Besar!

anjali anak rahul dah bertunang. ramai tak percaya anjali dah besar!

Siapa sahaja yang tak pernah menonton filem Bollywood, Kuch Kuch Hota Hai yang sudah pun berusia lebih daripada 20 tahun.

Advertisement

Pelakon yang melakonkan watak Anjali, anak kepada Rahul iaitu Sana Saeed sudah pun bertunang dengan jejaka pilihannya, Csaba Wagner.

Berita gembira itu dikongsikan Sana menerusi hantaran video di Instagramnya beberapa hari lalu.

Namun apa yang menarik perhatian adalah komen-komen yang ditinggalkan di hantaran video tersebut. Ramai yang tidak menyangka Anjali yang mereka lihat dalam filem Kuch Kuch Hota Hai sudah besar dan bertunang.

“Anjali kita bakal berkahwin. Tahniah”

“Tahniah kepada Anjali zaman kanak-kanak kita”

“Akhirnya Anjali bertemu dengan Rahulnya”

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sana Saeed (@sanaofficial)

SINAR Muzik Retro Terbaik