Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ardini Angeline Tan Akui Sukar, Beri Masa Dalami Islam - “Doakan Baik-Baik Buat Saya”

Baru-baru ini, pelakon, Ardini Angeline Tan berkahwin dengan pasangan pilihan hatinya iaitu pengarah dan pelakon popular, Sabri Yunus.

ardini angeline tan akui sukar, beri masa dalami islam - “doakan baik-baik buat saya”

Malah, dia juga berkongsi keputusannya untuk memeluk Islam pada 26 September lalu sebelum bernikah bukan satu keputusan mudah, lebih-lebih lagi untuk menerangkan perkara itu kepada anak-anaknya.

Advertisement

Tambahnya, Angeline memaklumkan pelbagai persoalan dibangkitkan anak-anaknya apabila dia memberitahu bakal memeluk Islam.

"Ketika saya dan abang Sabri mula berkawan rapat mereka memberikan sepenuh sokongan dan restu, tapi apabila saya memberitahu bakal memeluk Islam mereka terus mengajukan pelbagai pertanyaan.

"Antaranya kenapa sekarang dan tiba-tiba saja saya nak memeluk Islam. Jadi, saya terpaksa beritahu ini adalah salah satu syarat yang perlu saya buat sebelum berkahwin.

"Mereka reda dan berserah dengan keputusan saya itu. Sebenarnya mereka sangat takut bagaimana kehidupan saya sekiranya abang Sabri tidak menjaga saya dengan baik.

"Adakah saya mampu meneruskan kehidupan seorang diri sebagai seorang Muslim kerana mereka tahu yang ibunya tidak boleh kembali kepada agama asal selepas ini. Bagaimanapun ketika majlis pernikahan kami, anak-anak ada menghantar mesej kepada abang Sabri supaya menjaga saya dengan baik," katanya.

Malah, Angeline memohon diberikan masa dan ruang untuk mendekatkan diri dengan agama Islam secara perlahan-lahan. 

"Kalau nak tahu, gambar saya bertudung di media sosial adalah tarikh saya memeluk agama Islam. Namun saya sudah terangkan kepada suami yang saya perlukan masa untuk sesuaikan diri, sama seperti dia menunggu saya selama tiga tahun untuk memeluk Islam dan bersedia berkahwin dengannya.

"Jadi, saya mohon masa dan ruang untuk berhijrah sepenuhnya kerana saya masih ada tawaran drama yang memerlukan saya tidak bertudung kerana memegang watak sebagai pelakon berbangsa Cina," jelasnya.

Suaminya, Sabri juga tidak mahu memberi sebarang tekanan kepada isterinya yang baru bergelar mualaf untuk terus bertudung.

Namun, dia mahu membimbingnya dengan mendalami ilmu agama Islam dengan lebih terperinci.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik