Pelakon, Azhar Sulaiman ada berkongsi kenyataan dan meluahkan kerisauannya terhadap tindakan anaknya, Kasih Iris Leona yang sering kali menimbulkan kontroversi di media sosial.

Menurut perkongsiannya di Facebook, Azhar menulis bahawa dia risau sekiranya Leona adalah individu yang 'bodoh' setiap hari.
Advertisement
"Ada orang, ada hari 'bodoh' dia. Sekarang, saya risau kalau anak saya, Leona ini, jenis yang 'bodoh' setiap hari," tulisnya.
Malah, kontroversi yang sering terpalit dengan anaknya Leona sehingga dikecam kerana berpakaian seksi.
"Apa saya pakai, tak beri kesan kepada sesiapa. Ini badan saya, ini pilihan saya, ini masalah saya dan tak ada kaitan dengan anda semua!
"Kalau anda tak suka apa yang anda lihat, jangan lihat! Sekat sahaja saya," komennya di Twitter.
Sumber: Harian Metro