Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila Marissa Dania Hakim iaitu anak pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi didakwa sudah bernikah dengan lelaki berstatus suami orang dikenali sebagai Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Berusia 19 tahun, Marissa didakwa telah bernikah dengan Aslam tanpa pengetahuan isteri pertama lelaki tersebut dikenali sebagai Misya yang pada ketika itu sedang menunaikan umrah.
Advertisement
Malah, warganet juga terkejut apabila mengetahui pernikahan mereka telah berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa.
Difahamkan, hubungan Marissa dan Aslam dikatakan kembali terjalin selepas kontroversi yang melanda mereka sekitar September tahun lalu reda bahkan Aslam rujuk semula dengan Misya.
Sumber: Kosmo Online