Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Belum Rezeki Timang Anak, Tuhan Jemput Julian Lebih Awal – Noh Salleh

Lands-P-1.png

Harapan besar vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, untuk menimang cahaya mata pertama berakhir dengan berita duka apabila zuriat yang dikandung isterinya, Fatin Athira Mustapa, telah meninggal dunia.

Advertisement

Berita duka itu dikongsikan Noh menerusi satu hantaran di Instagramnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa beliau dan pasangan sempat memberikan nama buat cahaya mata sulung mereka itu dengan panggilan Julian.

“Hari ini 22 September genap tujuh bulan kami kehilangan anak dalam kandungan. Kalian tak tahu kan? Dalam kesukaran berjuang untuk Musa, kami juga bergelut memastikan anak di dalam kandungan sihat namun, tuhan jemput dia awal.

“Segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau erti kata lain perbaiki diri sebagai suami isteri,” kongsi Noh di media sosial.

Namun demikian, Noh tidak menyatakan dengan lebih terperinci mengenainya.

 

Sumber: Utusan Malaysia

SINAR Muzik Retro Terbaik