Vokalis kumpulan Kugiran Masdo, Ali Sariah mencuri tumpuan apabila berkongsi videonya menyanyi bersama anak menjadi bualan warganet.

Menurut perkongsian video di laman TikTok, warganet sangat teruja melihat telatah anaknya yang sangat comel.
Advertisement
Video berdurasi lebih 50 saat itu memaparkan Ali sedang memetik gitar sambil menyanyikan lagu Inilah JalanNya bersama anak-anaknya.
@.alisariah Nama saya Rumi dan saya suka kacau orang! 🤪 #MasdoInilahJalanNya ♬ Inilah JalanNya - Masdo
Gelagat Muhammad dan Rumi menarik perhatian warganet yang menganggap momen yang amat berharga bagi seseorang yang telah berkeluarga.
Pelbagai reaksi yang diberikan para peminat di ruangan komen ketika melihat keletah Ali dan anak-anaknya itu.
“Alahai, comelnya dua orang beradik ni tau,” kata seorang warganet.
“Eh nak buat apa tu bawa telefon bimbit ayah,” komen pengguna TikTok.