Aktivis kemanusiaan Mizz Nina mendakwa anak angkat lelakinya itu mengalami trauma sejak dia berpisah dengan anak angkatnya lebih tiga minggu.

Berusia 44 tahun, Nina mengakui anak angkatnya iaitu Musa mula mengalami trauma sejak bekas suaminya, Noh Salleh melarikan anak kecil itu selama beberapa minggu.
Advertisement
“Bayangkan budak sekecil itu dibawa keluar dari rumah. Dia menjadi trauma sebab terpaksa berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan serta jiran yang memang rapat dengan dia.
“Dia menjadi trauma sebab tercari-cari mak dia, tetapi tidak boleh berjumpa.
“Dalam masa sama, dia mengalami ketakutan yang amat sangat dan begitu juga dengan saya, sangat risaukan dia,” jelasnya.
Tambahnya, penyanyi wanita memaklumkan dia telah membawa anak angkatnya berjumpa pakar psikiatri selepas berjumpa Musa semula.
Dia juga mendapati anaknya mengalami sakit seperti cirit-birit, muntah serta tidak terurus.
Sumber: Kosmo Online