Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Amyra Rosli Terkilan Ditipu Pereka Dalaman, Wang Lebih RM240,000 Lesap

Pelakon, Amyra Rosli terkilan apabila dirinya telah ditipu oleh seorang kontraktor untuk melakukan kerja mengubah suai kediaman ibu bapanya.

amyra rosli terkilan ditipu pereka dalaman, wang lebih rm240,000 lesap

Amyra juga memaklumkan lebih RM240,000 wang bayaran telah dijelaskan sebelum kerja-kerja dilakukan.

Advertisement

Malah, dia sangat kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab individu terbabit tetapi tetap reda akan ujian yang menimpa dirinya dan keluarga.

“Saya gunakan khidmat interior designer dari sebuah syarikat ini kononnya dapat memudahkan dan mencantikkan rumah mama ayah saya.

“Selepas membuat bayaran sebanyak RM240,000 ++ dan hampir setahun kami menunggu dan sabar dengan segala alasan dari mereka, inilah hasil yang saya dapat..." katanya.

amyra rosli terkilan ditipu pereka dalaman, wang lebih rm240,000 lesap

Tambahnya, pelakon itu tidak menyangka dia boleh melakukan perbuatan menipu dengan mengambil wang pelanggan.

“Ambil projek banyak-banyak and then terbengkalai... Astaghafirullahazim, berani betul korang aniaya orang dekat dunia ni.

“Tak apalah, kita serahkan semua pada ALLAH, itu yang terbaik saya rasa. Dunia ni pun dah tenat, tak lama dah pun korang boleh ‘kencing’ orang sana sini.

“Dan sekarang saya perlu mula balik dari awal dek kerana penipuan-penipuan mereka. Sedih tapi Alhamdulillah, mungkin ujian ini ada hikmah di sebaliknya," jelasnya.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik