Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Amber Chia Cedera Jatuh Tangga, Selamat Jalani Pembedahan

Pelakon dan model, Amber Chia berkongsi kisah duka yang menimpanya apabila mengalami kecederaan akibat jatuh tangga dan kini sedang menjalani pembedahan.

amber chia cedera jatuh tangga, selamat jalani pembedahan

Berusia 41 tahun, Amber juga memuat naik gambar dirinya terlantar di sebuah pusat perubatan swasta.

Advertisement

"Pitam. jatuh dari tangga. Kemalangan kecil. Menunggu proses pembedahan."

Tambahnya, imbasan CT (Computed Tomography) jelas memaparkan dia tidak mengalami apa-apa pendarahan dalaman di kepala akibat insiden itu.

"Jangan risau sebab berdasarkan CT scan, tiada pendarahan cuma luka terlalu besar, jadi kena jalani pembedahan.

"Terima kasih kerana mesej dan risaukan saya. Saya dah okay dan sedar," jelasnya.

Malah, dia sendiri tidak menyedari kejadian yang berlaku ketika itu kerana terlalu letih.

"Semalam blackout (pitam), tak tahu apa jadi. Cuma sedar, bangun sudah berada di hospital," jelasnya.

Pelbagai ungkapan dan ucapan yang dititipkan buat Amber Chia daripada rakan artis dan para peminat agar cepat sembuh.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik