Sejak semalam, satu hantaran video menjadi bualan ramai apabila penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dilihat sedang berhibur di sebuah kelab malam.
Pelbagai reaksi yang diberikan warganet terhadap video itu sehingga menimbulkan spekulasi terhadap figura tersebut.
Advertisement

Namun, pelakon Shahidan Izwan tampil menjelaskan mengenai video berkenaan menerusi Instagram Story miliknya dan menafikan kejadian tersebut.
Malah, dia juga berkata video yang tular itu sebenarnya sesi penggambaran di set dan bukanlah seperti yang digembar-gemburkan.
Selain Aliff dan Sophia AlBarakbah, Shahidan juga merupakan pelakon yang turut membintangi drama tersebut.

Video yang tular itu jelas menunjukkan babak dilakonkan kedua-dua pelakon itu di dalam kelab malam.
Dia juga tegas memaklumkan air yang digunakan dan diminum mereka hanya air berkarbonat perisa epal dan bukanlah arak.
Difahamkan, pelakon itu sedang menjalani penggambaran drama yang bertajuk ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ yang bakal bersiaran tak lama lagi.