Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Alif Teega, Aisyah Hijanah Dijangka Dituduh Masing-Masing 10 Kes Salah Guna Dana

Lands-P.png

Pempengaruh, Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah tiba di Mahkamah Sesyen pada jam 8.51 pagi ini.

Advertisement

 

Pasangan pempengaruh ini difahamkan masing-masing bakal menghadapi 10 pertuduhan kes jenayah yang membabitkan isu salah guna dana awam.

 

Kes Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, dan Aisyah Hijanah Azhari, 26, yang sebelum ini menimbulkan kontroversi mengenai rumah tangga, akan dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Alif yang memakai kemeja biru gelap sementara Aisyah mengenakan jubah berwarna hitam, sempat melemparkan senyuman kepada wartawan tadi.

Terdahulu, Alif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas dua pertuduhan salah guna harta bagi program infaq iftar di Mekah, Syria dan Palestin serta korban, berjumlah RM63,605.48 pada April serta Jun lalu.

 

Sumber: Sinar Harian 

SINAR Muzik Retro Terbaik