Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Alif Satar Berang Syarikat Salah Guna Nama Dan Gambarnya

Baru-baru ini, sebuah syarikat perniagaan menyalahgunakan nama dan gambar Alif Satar terhadap produk jenama mereka.

alif satar berang syarikat salah guna nama dan gambarnya

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar memberikan maklum balas dan dia tidak menghalalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab tersebut.

Advertisement

Syarikat tersebut didakwa menggunakan nama dan gambarnya yang disunting tanpa pengetahuannya, untuk mempromosikan produk mereka.

Memetik laporan Harian Metro, Alif kesal dengan tidakan tersebut dan ia juga merupakan satu tindakan tidak beretika dengan niat menipu orang ramai.

"Saya rasa benda ini sangat tak beretika. Ini adalah menipu orang dan balasannya berdosa.

"Saya tak halalkan siapa yang menipu dan menggunakan nama Alif untuk tipu orang," katanya.

Pihak pengurusan Alif juga sudah meminta agak kandungan itu dipadamkan dan sekiranya syarikat itu enggan berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil.

"Sekiranya pihak mereka berdegil, akan ada tindakan undang-undang menyusul memandangkan, nama dan gambar Alif sudah didaftarkan dengan tanda dagangan (trademark)," jelasnya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik