
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan beberapa akaun bank milik suami isteri pengasas platform e-dagang Fashion Valet, serta syarikat mereka, yang bernilai sekitar RM1.1 juta.
Advertisement
Pembekuan ini dilakukan susulan siasatan SPRM terhadap pasangan tersebut berkaitan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) yang berjumlah RM43.9 juta.
Sumber memberitahu bahawa pada Isnin lalu, SPRM telah menyerbu secara serentak beberapa lokasi termasuk FashionValet Sdn. Bhd., Kementerian Kewangan, Khazanah, dan PNB. Dalam serbuan tersebut, SPRM telah merampas dokumen kewangan yang dipercayai dapat membantu dalam siasatan.
Selain tu, Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM, mengesahkan pembekuan akaun tersebut dan menjelaskan bahawa kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Sumber: Kosmo