Penyanyi, Aina Abdul tampil mendedahkan yang dia sentiasa terbuka menerima teguran dan kritikan pelbagai pihak terhadap penampilan gayanya yang pelik dan unik.

Malah, dia juga selalu muncul dengan fesyen unik di setiap acara hiburan.
Advertisement
Gara-gara penampilannya yang dikatakan agak berlebihan ketika muncul di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABPBH35) di Istana Budaya baru-baru ini, pelbagai reaksi dan tomahan daripada warganet.
“Selalunya saya jarang sekali luah isi hati. Tapi hari ini saya terpanggil nak tulis sesuatu. Ya benar saya ada melihat dan membaca (teguran) tersebut.
“Saya baca semua dan telitikan perkara itu. Saya renungkan setiap teguran yang masuk,” katanya.
“Terima kasih kepada semua yang ambil berat, menegur untuk kebaikan, meninggalkan mesej yang baik dan membina. Saya sangat hargai. Alhamdulillah.
“Saya akan cuba yang lebih baik selepas ini okay,” katanya.
Pelbagai teguran daripada warganet dan agamawan juga terhadap penampilannya itu baru-baru ini.
Sumber: Sinar Harian