Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Aina Abdul Harum Nama Negara, Beradu Suara Di Korea

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mengharumkan nama negara apabila terpilih mewakili negara untuk beraksi di pentas global, ABU TV Song Festival 2023 anjuran Asia-Pacific Broadcasting Union di KBS Hall, Seoul, Korea Selatan, Ahad lalu.

aina abdul harum nama negara, beradu suara di korea

Lebih 2,000 penonton di dalam dewan terpukau dengan nyanyian Aina menerusi lagu Terus Hidup yang pernah membawa tuah dalam karier seninya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Advertisement

Malah, Aina menghargai pengalaman berharga untuk mewakili negara di pentas dunia.

"Ia bukan sahaja memberi dimensi positif kepada kerjaya seni saya, bahkan disifatkan antara salah satu pengalaman terbaik yang pernah saya kecapi sebagai penyanyi.

"Seperti yang kita tahu, industri K-Pop mempunyai reputasi global dan digilai oleh peminat seluruh dunia, manakala KBS antara platform utama yang menjadi lubuk kelahiran artis-artis ternama K-Pop.

"Mengetahui program ini turut disiarkan di saluran KBS dan persembahan saya akan ditonton oleh jutaan rakyat Korea Selatan khususnya, saya tak dapat gambarkan betapa bermaknanya peluang diberikan.

"Walaupun hanya menyanyikan satu lagu sahaja, saya bangga dapat membawa nama dan budaya Malaysia di pesada dunia," katanya.

Tambahnya, dia juga cukup bertuah untuk menyerlahkan bakat nyanyian di depan penonton di luar negara.

Biarpun dia menyanyikan satu lagu sahaja tetapi dia tetap bersyukur atas penghormatan yang diberikan.

Tambah Aina, persembahannya itu menghadiahkan kenangan manis kerana ia umpama mimpi yang menjadi kenyataan.

Sumber: Berita Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik