Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Busana Aina Abdul Telan Belanja Lebih RM400,000

Penyanyi, Aina Abdul mendedahkan dia telah membelanjakan RM400,000 bagi lima busana untuk konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung di Axiata Arena, Sabtu lalu.

busana aina abdul telan belanja lebih rm400,000

Berusia 30 tahun, dia sanggup mengeluarkan belanja sebegitu untuk mendapatkan kesempurnaan dalam merealisasikan persembahan mega tersebut dalam segenap aspek.

Advertisement

“Saya memakai lima baju secara keseluruhannya tidak termasuk helaian rona putih yang pernah saya pakai ketika Anugerah Juara Lagu ke37 (AJL37) untuk lagu Terus Hidup.

“Jujurnya nilai kesemua busana yang saya gayakan malam ini berjumlah sekitar RM400,000.

“Itu adalah kos untuk baju sahaja, tidak termasuk perbelanjaan lain melibatkan konsert,” katanya.

Malah, persalinan kedua rona biru yang mempunyai elemen teknologi dan sains telah memukau para peminat yang datang ke malam konsert itu.

“Sebenarnya elemen tu kami dan rehearsal banyak kali tak jadi tapi syukur sangat malam konsert semua berjalan lancar,” jelasnya.

Menariknya, gaun tersebut akan dikawal rapi seorang jurutera yang berada di sisi pentas dan mempunyai kod yang berbeza untuk mengawal kesan khas terhadap gaun itu.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik