Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Adira Tuntut Cerai, Datuk Red Masih Mahu Bersama!

Penyanyi, Adira Suhaimi dan suaminya Datuk Seri Adnan Abu gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai berhubung proses penceraian mereka.

adira tuntut cerai, datuk red masih mahu bersama!

Menurut Laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP), kedua-dua pihak gagal berbaik selain berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) terhadap pasangan tersebut.

Advertisement

Malah, Datuk Red kekal tidak mahu menceraikan isterinya manakala Adira tetap berpendirian untuk bercerai.

Justeru Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar kemudian menetapkan 24 April ini supaya kes ke peringkat seterusnya iaitu hakam.

Semasa prosiding Datuk Red diwakili peguam syarie Muhammad Akmal Amzan manakala Adira diwakili peguam syarie Nor Saidah Zakaria.

Kedua-dua peguam syarie yang mewakili pasangan itu turut mengesahkan kes seterusnya ke peringkat hakam.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik