Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Adira Kecewa Terima Mesej Ajak Skandal, Tak Hormat Maruah Orang

Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan perasaannya yang tidak puas hati terhadap mesej biadap seorang lelaki yang menawarkan diri untuk menjalinkan hubungan sulit dengannya.

adira kecewa terima mesej ajak skandal, tak hormat maruah orang

Siti Adira Suhaimi atau mesra disapa Adira itu menyifatkan perbuatan itu agak melampau dan tidak menghormati dirinya sebagai isteri orang.

Advertisement

"Saya sebenarnya bukanlah jenis orang yang suka melayan benda-benda negatif atau perkara yang tidak mendatangkan duit.

"Saya tak akan layan. Tetapi, mesej yang dihantar ini sangat melampau. Saya boleh dibawa bergurau, tetapi bukan seperti mesej ini.

"Kalau saya nak ada skandal, sejak dahulu saya sudah mencari. Tak payah nak tunggu sampai beranak-pinak begini.

"Tak payah nak ajar saya buat benda mengarut seperti ini," katanya menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam TikTok.

Malah, dia juga terpaksa membuat video penjelasan itu untuk memberi amaran kepada lelaki tidak bertanggungjawab itu agar tidak menghantar mesej nakal seperti itu kepadanya.

"Saya buat video ini supaya tidak ada mana-mana 'jantan' gila yang berani mengirimkan mesej peribadi seperti itu.

"Selagi duduk di Malaysia, kita ada undang-undang jadi jangan berani. Tolong hormati status saya sebagai isteri orang,” katanya.

Sumber: Berita Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik