Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Adik Raffi Ahmad, Yang Juga Isteri Kepada Pemain Drum Govinda Curang

adik raffi ahmad, yang juga isteri kepada pemain drum govinda curang

Hangat diperkatakan di media sosial dan juga media Indonesia mengenai adik kepada pelakon Raffi Ahmad, Syahnaz Sadiqah yang juga merupakan isteri kepada pemain drum kumpulan Govinda, Jeje curang.  

Advertisement

Syahnaz Sadiqah dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon sinetron Rendy Kjaernett. Perkara itu didedahkan sendiri oleh isteri Rendy, Lady Veronica Nayoan di Instagram.

Menurut Lady, hubungan Syahnaz dan Rendy sudah berlangsung selama satu tahun. Bahkan Jeje Govinda turut mengetahui kecurangan isterinya itu.

Jeje sudah tiga kali menukar nombor telefon isterinya dengan harapan isterinya tidak dapat lagi berhubungan dengan Rendy. Bagaimanapun, Syahnaz tetap terus menerus menghubungi Rendy.

adik raffi ahmad, yang juga isteri kepada pemain drum govinda curang

Syahnaz Sadiqah dan Jeje bernikah pada tahun 2018 dan pasangan ini dikurniakan sepasang kembar. Kini kedua-duanya menutup ruangan komen di Instagram.

Insta Story yang dikongsikan Lady Veronica

Sumber : Suara.com

 

SINAR Muzik Retro Terbaik