Baru-baru ini, tular kontroversi anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim yang telah menikahi seorang lelaki Thailand.

Malah, anaknya Marissa didakwa telah berkahwin dengan lelaki yang berstatus suami orang.
Advertisement
Pelakon, Abby Abadi menghadiri temubual di program Gempak Most Wanted untuk menjelaskan tentang kisah anaknya itu.
Namun, dia luah rasa kesal selepas menghadiri beberapa temubual tersebut dan berkongsi lebih tentang kisah anaknya Marissa Dania.
Tambahnya, Norman Hakim telah memberikan kebebasan kepada Marissa untuk menyelesaikan konflik ini dengan sendirinya.
Dalam hantaran tersebut, Abby berkongsi luahan hatinya berhubung kemelut membabitkan anaknya itu. Pelakon Norman Hakim menegaskan dia tidak pernah melepaskan tanggungjawab sebagai bapa dalam menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku.
Sumber: HLive / Astro Gempak