Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mendedahkan dia kurang setuju dan memberi pendapat mengenai Ahmad Aslam susulan dakwaan pernikahan dengan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Malah, dia juga tidak sangka dan terkejut dengan perubahan drastik pada diri Marissa sehingga mengambil keputusan nekad untuk berkahwin.
Advertisement
"Aslam bukan orang yang boleh berpoligami. Saya tak nampak sebab dia tak berkemampuan."
"Keluarga lain tak tahu menahu pun dia (Marissa) berhubung dengan lelaki (Aslam) yang sekarang ini lah," katanya.
Menurut perkongsian di laman Intsgram, Aliff Shukri, dia bertanya kepada Abby sama ada dia akan menerima Aslam untuk berbaik atau sebaliknya.
Sumber: Berita Harian