Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi meluahkan rasa kecewa apabila isu kontroversi membabitkan anak keduanya, Marissa Dania Hakim dibangkitkan dengan kes penyondol.

Menurut perkongsian di laman sosial miliknya, Abby bakal menjawab dengan lebih mendalam berkenaan isu kontroversi itu.
Advertisement
Wanita itu mendakwa gadis yang berstatus pempengaruh media sosial dan berimej muslimah itu menjadi penyondol rumah tangga dibina selama tiga tahun.
"Tentang isu yang viral, takpa sila komen-komen dulu. Cari pahala ya, nanti saya jawab.
"Memang sedap bersangka-sangka, menambah-nambah cerita dan menuding jari pada orang," tulisnya.
Malah, dia juga tidak mahu untuk menunding jari kepada orang lain kerana ia membabitkan anak perempuannya.
Terdahulu, kecoh dalam media sosial mengenai seorang wanita mendedahkan mengenai gadis berusia 18 tahun yang juga anak kepada pasangan selebriti jadi penyebab keruntuhan perkahwinannya.
Sumber: Berita Harian