Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Abang Jagung Tewas, Identiti Kantoi Gara-Gara Gerak Tarian?

Penyanyi kumpulan Ruffedge, Azan atau maskot Abang Jagung bersyukur dapat peluang untuk membuat persembahan di pentas The Masked Singer Malaysia 4.

abang jagung tewas, identiti kantoi gara-gara gerak tarian?

Dia yang tersingkir di minggu keenam The Masked Singer Malaysia 4 telah mencatat jumlah markah 61.06%. 

Advertisement

Nyanyian lagu Harus Terpisah oleh Cakra Khan, merungkai identiti disebalik maskot iaitu Azan Ruffedge. 

Malah, kesemua barisan juri tetap yang ada semuanya meneka dengan tepat kecuali Angah, yang meneka bahawa Abang Jagung merupakan Jatt Ali. 

“Awak tahu siapa yang teka identiti awak dengan betul kan Azan? Awak tak patut buat gerakan tarian macam tu masa minggu pertama,” kata Pak Nil kepada Azan.

Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.
 

SINAR Muzik Retro Terbaik